Pages

Hi there guys! ^_^

You're welcome here to my blog. This is my first time writing it so I hope you all can still support me because I'm still new to this kind of world! Saya pun sebenarnya memang kurang speak in English so I hope that I can speak both languages to you all! ^-^v Haha, thanks again and I hope you all love my blog! ^_^

Cerpen

Cerpen : Sweet Person!

“Awak, mari sini!”
Aku terdengar seperti ada seseorang yang memanggilku lalu aku menoleh mukaku kepada insan yang memanggilku tadi. Dia berada di belakangku. Dia adalah seorang lelaki yang kacak berbaju Polo berseluar pendek berjenama Jeep. Aku yang pada ketika itu sedang mengemas meja makan kini mengalihkan mukaku kearahnya.

Menurut pandangan mataku dia merupakan seorang yang mempunyai stailnya  dalam mempamerkan keperibadiannya di khalayak ramai. Dia pun ada rupa yang menyebabkan setiap kaum Hawa yang berada di  kedai makan itu yang memandangnya pasti akan terpikat dengannya. Aku pun hampir terkandas tetapi aku berjaya mengawal perasaanku ini. Hehehe..

“Ya encik.. eh.. maaf..maaf. Ya encik, ada apa hal agaknya encik memanggil saya ye?” bingung aku dibuatnya. ‘Apa kesalahan yang telah aku buat ni. Setahu aku aku tak ada buat apa-apa yang salah pun.’ Bisik aku di dalam hati lalu wajah kacaknya itu dipandang aku lagi.

“I want you to be my partner tonight. Fullstop and don’t ask me why.” Ujar pemuda itu kepadaku.

“But.. Sir!”

“Aa..aa..ah! No but..but I said.” Ujar pemuda tadi tegas kepadaku dan aku hanya menggangguk sahaja. Dia kini berlalu pergi meninggalkanku. Aku pula meneruskan kerjayaku sebagai seorang pelayan restoran dimana tempat aku kerja.

‘Eh... tapi kan baju apa yang patut aku pakai ni?’ fikir Alma.

“Encik...encik!” Alma tidak sempat menanyakan nama pemuda tadi kerana pemuda itu telah berlalu meninggalkan tempat ini.

...........

Fahmi baru sahaja selepas bertemu dengan Alma. Dia mengenali gadis yang ditegurnya tadi tetapi dia percaya bahawa gadis itu tidak mengenalinya kerana setelah 5 tahun dia berada di bumi asing, kini dia kembali dengan niat untuk menjadikan Alma sebagai pasangan hidupnya.

“Oi..” sergah Yusuf, abangnya.

“Apa hal kau ni tetiba je sergah aku dari belakang. Untung aku ni tak ada high blood pressure. Kalau tak dah lama aku jalan.” Geram Fahmi akan sikap yang ada pada abangnya itu. Yusuf hanya tersengih.

“Kau ni baru je balik dah start merayau ya. Even dengan aku ni pun kau tak layan. Bawa bersabarlah sikit, dik! Masa still banyak lagi before kau balik sana sambung study kau lah.” ujar Yusuf tetapi Fahmi buat tak layan je.

“Hm.. yalah! So, what’s the plan for tonight? Kita nak pergi mana malam ni and who’s our guest?!” soal Fahmi kepada abangnya yang sedap meratah nasi goreng kicap + telur mata di meja makan.

“Hm.. siapa lagi yang nak ikut, kita tak pergi mana-mana pun. It’s just family meeting for dinnerlah. Our mom will invite one of her guest and sekaligus made a proposal for either one of us to get married.” Ujar Yusuf panjang lebar.

Fahmi sudah membulatkan matanya. Memang tidak disangkanya bahawa mama akan buat macam itu kepada mereka berdua.

“But abang.. do you know who’s our mom guest is?” soal Fahmi kembali.

‘Oh.. chaebal! Don’t make any decision for me yet mom! I don’t want to get married in my young age.’ Bisik Fahmi di dalam hati.

“Nope! I don’t know, Mi. Just let it be like that!” ujar Yusuf selamba. Makanan yang sudah habis dimakan itu dibawa ke singki langsung dibasuh. Setelah selesai, dia terus membawa kakinya menuju ke bilik dan tinggallah Fahmi keseorangan.

------------
‘Adoilah si dia ni. Kenapalah kau tetiba je nak suruh aku teman kau. Dahlah kena pakai cantik-cantik pula malam ni. Kau tak tahu ke malam ini ibu aku dah pilih aku dulu suruh teman dia pergi rumah anak sahabat baiknya itu yang baru balik dari luar negara. Hai..’ Alma mengeluh. Nasib baik keluhan itu hanya didengari olehnya sahaja. Kalau si Hani degar, nahaslah aku kena bahan. Kepala dia bukannya betul sangat pun!

Telefon Alma tiba-tiba berbunyi. Alma terkejut. Dia melihat sebentar nombor yang tertera di telefon miliknya.

‘Eh.. private number. Siapa yang telefon aku ni.’ Satu keluhan kedengaran di bibir miliknya. Dia ambil telefon miliknya yang berdering tadi lalu dijawab panggilan itu.

“Assalamualaikum..” suara garau kedengaran dari pemanggil.

“Waalaikumussalam. Kenapa telefon ni?” soal Alma malas kepada pemilik suara garau ini tadi.

“Ehem.. malam ini jadi ya. Sekarang jam saya menunjukkan pukul 20:30 malam.”

“Ceh! Guna masa antarabangsa lah pula pakcik ni..” bisik Alma perlahan.

“What did you say?” sergah Fahmi.

“Ops.. maaf! What should I do, then?!” back to the topic, Al! Don’t tresspass his words.

“I’ll be there at 21:00 pm so be prepared okay my dear!” suara lelaki itu kedengaran romantik sahaja di telinga Alma. Alma pula hanya tersenyum sumbing.

“Oi.. dengar ke tak ni?” pelik. Dia ni faham ke tak apa yang aku cakap ni. Hope so she’ll undestand.

“Ha.. Um.. tak boleh lah wak! Malam ni ibu saya dah cop saya temankan dia pergi jumpa kenalannya. Maaf, saya tak boleh teman awak. Lain kali ya. Assalamualaikum!” telefonnya terus dimatikan.

Maaf awak saya terpaksa. Dia kini berlalu pergi ke bilik air untuk menyiapkan diri sebelum ibunya datang mengambilnya untuk berjumpa dengan sahabat baik ibunya itu.

Dia yang bertegas untuk duduk berasingan daripada kedua-dua orang tuanya kerana alasan dia hanya satu, untuk belajar berdikari. Lagipun rumah yang didudukinya memang berdekatan dengan tempat kerjanya so senanglah dia hendak bertolak dari rumah sewanya ke tempat kerja miliknya nanti.

--------------------------

“Wei..wei...wei! Hello..hello!” telefon milik Alma sudah tidak kedengaran lagi.

“Alamak! Dia dah turn-off phone dia lah pulak. Aku dah try cakap baik-baik dengan dia, dia buat camtu pula kat aku. Hisy..” Geram Fahmi dengan perangai si Alma ni. Telefon miliknya dihempas kasar di kusyen kereta di sebelahnya.

‘Hm.. apa yang patut aku  buat ni?’ gusar Fahmi memikirkan jawapan apa yang patut diberi kepada ibunya nanti.

“Ah.. lantaklah! Malas nak fikir!”

 Dia yang pada ketika itu berada di lebuhraya DUKE telah membawa kereta melebihi had laju yang ditetapkan. Dia langsung tak kisah sekiranya dia disaman oleh pihak berkuasa. Egonya kini mengatasi semuanya. Apa yang penting baginya sekarang hanyalah pulang ke rumah terus masuk ke bilik dan tidur tanpa mempedulikan tetamu yang akan hadir pada malam ini.

‘Huh.. degil kan!’
-------------------------

Alma kini sudah siap memakai pakaian sepasang, bertudung dan berbaju jubah berwarna pink ala-ala perempuan melayu terakhir gitu. Dia tidak mengenakan sebarang make-up kerana dia tak berapa gemar akan barangan make-up. Baginya make-up itu hanya membazir dan membuang duit sahaja. Dia lebih suka ikut stailnya tersendiri dalam mempamerkan dirinya kepada umum. Prinsip yang dititipkan dalam dirinya hanya satu iaitu ‘Smooth and Simple’.

Telefon miliknya kini berdering sekali lagi. Dia pasti tak lain tak bukan itu mesti ibunya. Lagu ‘Blues – Bigbang’ yang kedengaran dari tadi telah dijawab Alma.

“Assalamualaikum ibu.” Ketika itu dia sedang bersiap memakai beg tangan Coach sebelum dia berlari menuruni tangga menuju ke bawah.

“Waalaikumussalam, Alma. Ibu dah sampai depan rumah kamu ni. Kenapa gelap je rumah ni?” soal Puan Rahimah pelik. Selalunya terang je rumah ni.

“Oo..itu bu. Saja je jimat elektrik. Nak safe budgetlah katakan. Oklah bu, jumpa kejap lagi.” Talian dimatikan. Pandangan milik Puan Rahimah kini dihala kerumah Alma. Kelihatan tubuh Alma sedang mengunci gril rumahnya dan terus mengunci pagar rumah. Kelihatan juga Alma senyum kearahnya. Puan Rahimah terus keluar dari kereta.

“Ibu..” Alma memanggil ibunya lalu mencium kedua-dua tangan dan pipi.

“Al, bawa kereta ini ya. Ibu duduk di sebelah awak.” Alma tidak membantah lalu ditukar tempat duduk mereka.

“Ok bu pakai tali pinggang ya.” Alma memesan kepada ibunya.

“Baca doa sebelum memandu Al.” Pesan Puan Rahimah. Setelah Alma membaca doa mereka beredar menuju ke rumah teman baik ibunya itu.

---------------

Setibanya di rumah sahabatnya..

“Assalamualaikum..” salam diberi kepada tuan rumah. Loceng telah dibunyikan supaya seluruh isi rumah boleh mendengarnya.

“Walaikumussalam. Umi, tengok siapa yang datang tu. Mungkin kawan awak yang datang kot.” Kata Encik Jauhari kepada isterinya, Puan Juwita. Tanpa bantahan, Puan Juwita terus menuju ke pintu rumah.
Pintu pagar telah dibuka olehnya dengan menggunakan remote control.

Kelihatan dua lembaga berada di luar. Dia dapat mengesan bahawa kedua-dua susuk tubuh itu merupakan susuk tubuh dua orang wanita. Seorang nampak berumur dan seorang lagi muda dalam lingkungan 20-an.

“Walaikumussalam. Eh, Puan Rahimah, Alma. Masuklah! Bawa masuk kereta itu sekali.” Kata Puan Juwita kepada mereka berdua. Alma hanya mengangguk setelah mendengar arahan daripada tuan rumah. Mereka kini beralih semula ke kereta sebelum mereka memandunya masuk ke rumah itu.

Setelah selesai, Puan Juwita kini kembali menutupi pagarnya. Alma dan ibunya sudah keluar dari kereta. Puan Juwita hanya tersenyum kesenangan kerana impiannya untuk berjumpa dengan temannya itu sudah tercapai.

“Apa khabar, Imah? Lama sudah tidak berjumpa ya.” Dia memeluk sahabatnya dengan erat sekali. Alma pun dipeluknya juga.

“Eh.. kejap..kejap! Alfian mana? Kenapa dia tak hadir sekali?” Soal Puan Juwita hairan.

‘Aa..ah ek! Ayah ni mana pula dia pergi ni? Macam manalah aku boleh lupa nak tanya kenapa ayah tak ikut kat ibu?’ geram Alma didalam hati.

“Dia biasalah.. outstation. Ada je kerja yang perlu dibuat.” Jawab Puan Rahimah.

“Oo.. kalau macam itu, marilah masuk dulu. Mari..” ajak Puan Juwita. Mereka telahpun masuk ke rumahnya.

‘Ya Allah.. besarnya rumah ini. Terbaiklah aunty..’ Bisik Alma di dalam hati.

Setibanya mereka di ruang tamu, mereka telah ditegur oleh Encik Jauhari mesra.

“Apa khabar, Imah? Alfian mana?” soal Encik Jauhari.

“Dia outstation, Ri selama 3 hari. Hari Sabtu nanti dia baliklah.”

“Oo.. eh, kalau macam tu marilah kita jamah makanan sebentar. Ayuh..” Encik  Jauhari mempelawa mereka menikmati juadah makan malam dirumahnya.

“Baiklah.. marilah sekali makan. Segan saya kalau saya yang makan dulu daripada tuan rumah ni.” Puan Rahimah sahaja buat lawak menyebabkan mereka semua ketawa. Ketika mereka hendak berlalu ke meja makan, Encik Jauhari memanggil Puan Juwita.

“Umi..”

“Ya bang. Kenapa ni?” dia berjalan kembali menuju ke arah suaminya.

“Fahmi mana? Abang tak nampak dia pun.”

“Oo.. Fahmi tadi dia kata dengan umi dia nak bawa teman istimewanya untuk berjumpa dengan ibu. Sekejap lagi dia baliklah tu.”

“Oo.. ok! Abang panggil Yusuf turun dulu ya. Umi pergi teman kawan-kawan umi tu.” Encik Jauhari berlalu naik menuju ke bilik anaknya itu lalu diketuk pintu.

“Yusuf..Yusuf!”

“Ya abah. Kenapa ni?” soal Yusuf lantas dia membuka pintu biliknya. Dia sudah segak memakai baju Adidas berseluar jeans hitam berjenama Denim.

“Turun jom. Kawan mama dah sampai dah.”

“Oo.. adik mana, bah?”

“Fahmi keluar pergi menjemput kawannya. Sebentar lagi dia sampai. Dah, jom turun.” Ajak Encik Jauhari.
Setelah sampai di meja makan Yusuf menyalami Puan Rahimah.  Mereka kini mengambil tempat duduk masing- masing. Encik Jauhari duduk bersebelahan Puan Juwita. Sebelah Puan Juwita pula Puan Rahimah yang duduk. Alma duduk bertentangan dengan Puan Rahimah. Yusuf pula duduk bertentangan dengan Encik Jauhari dan sebelah tempat duduknya kosong.

Sambil mereka makan sambil itulah mereka berbincang pasal kenangan mereka sewaktu mereka muda dahulu. Aku dengan Yusuf hanya tergelak mendengar kisah-kisah lucu yang terjadi kepada keluargaku mahupun keluarga Yusuf. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi loceng pintu bergema kuat di dalam rumah.

“Yusuf, pergi tengok!” Dia hanya mengangguk lalu menuju ke pintu rumah. Kelihatan adiknya pulang ke rumah bersama dengan muka yang berkerut seribu.

“Assalamualaikum.” Fahmi memberi salam kepada seluruh isi rumah. Kelihatan kelibat abangnya sedang menuju kearahnya.

‘Walaikumussalam.’ Jawab Yusuf di dalam hati.

“Kenapa ni?” Yusuf menegur adiknya.

“Tak ada apa-apalah, bang. Adik naik atas dulu.” Ketika dia mula melangkah kakinya ke tangga pertama, Yusuf memanggilnya.

“Dik, jom pergi ke ruang makan kejap.” Ajak Yusuf lalu dia menuju ke situ.

Fahmi akur. Dia melangkah kakinya ke ruang makan. Dia dapat bau masakan yang dimasak oleh ibunya. ‘Ni tak lain tak bukan mesti kawan ibu dah sampai ni. Bau masakan ibu ni memang menusuk hidung lah.’ Bisik Fahmi didalam hati.

Perlahan-lahan dia melangkah kakinya menuju ke meja makan. Dia melihat ada dua orang wanita berada di situ. Satu berumur satu lagi lebih kurang sama baya dengannya. Dia melemparkan senyuman manis buat seisi rumah yang kini sedang menikmati makan malam.

“Fahmi, makan jom.” Encik Jauhari menegur anaknya supaya makan bersama.

“Tak apalah yah. Mi naik dulu. Nanti Mi turun balik eh” Dia berpaling menuju keluar dari ruang makan itu.

‘Suara itu..’ bisik Alma didalam hati. Dia menggigit bibirnya sebentar sebelum dia kembali menyambung makan.

“Uncle.. Aunty!” Alma memulakan bicara. Semua mata kini tertumpu kearahnya.

“Ya sayang.. kenapa?” soal Puan Juwita pula.

“Um.. that voice. Do I know him?” dia hanya dengar suara lelaki itu sepintas lalu kerana tadi dia tidak sempat mengalihkan pandangannya ke wajah lelaki itu.

“He’s my second son in this family Muhd Fahmi bin Muhd Jauhari, Alma. Sebab apa uncle panggil family awak kemari kerana saya ingin menjodohkan kamu dengan anak kedua saya.” Tenang Encik Jauhari menjawabnya. Puan Juwita turut sama tersenyum mendengar akan pengakuan dari mulut suaminya itu. Puan Rahimah dan Yusuf hanya tersennyum memandangnya.

‘Fuh.. luckily it isn’t me!’ tersenyum sahaja Yusuf kerana dia tidak dijodohkan dengan Alma. Dia dapat lihat kelebihan yang ada di dalam diri Alma tapi dia hanya menganggap Alma sebagai adik sahaja bukan sebagai kekasih. Dia juga mengetahui bahawa Fahmi memang dah jatuh sayang kepada Alma since Fahmi kecil lagi.
Pada masa yang sama, mereka dapat mendengar derapan tapak kaki milik Fahmi baru sahaja turun yang kini menuju ke ruang makan. Dia selamba memakai t-shirt Nike dan berseluar pendek tapi tetap nampak smart.

 Terbeliak mata Alma bila dia mendengar statement yang keluar dari mulut encik Jauhari itu lalu dia memandang wajah Fahmi. Fahmi pun terkejut ketika dia melihat wajah milik wanita itu. Masing-masing sama-sama terkedu ketika mata mereka memandang antara satu sama lain.

“Oh my goodness.. You!” jari telunjuk kini diarahkan kepada Alma.

“What are you doing here? Bukan ke you cakap you ada family dinner kat rumah kenalan ibu you?” soal Fahmi geram kepada Alma.

“Yes it is but I didn’t expect it was your house that I should attend. So, right now here I am and I’m sorry!” suara milik Alma kedengaran sayu di telinga Fahmi.

“Yalah.. yalah! Apologies accepted but please don’t do like this again.” Itu yang dirasakan Fahmi sekarang ini. Baik dia maafkan gadis ini. ‘Lagipun mereka merupakan tetamu so tidak baiklah kalau he treat his guest as an outsider, right?’ bisik Fahmi didalam hati.

Seisi rumah hanya tercengang melihat mereka berdua berbalah diantara satu sama lain.

“Ehem..ehem! May I know what is going on here?” soal Encik Jauhari kepada mereka berdua.

“Pa.. she is the one that I want to bring and introduced her to you pa and ma. I don’t want to get married with the person that I don’t know” jawab Fahmi selamba. Mereka semua tergelak akan pengakuan yang dibuat oleh Fahmi itu.

“Mi.. we’ve both know about it and we agreed to make Alma Dania binti Muhd Alfian as your wife.” Balas Puan Juwita kepada anak lelakinya itu. Puan Rahimah pula hanya mengangguk mengiakan apa yang dikata oleh kawannya itu. Lagipun, Puan Rahimah dan Encik Alfian sudahpun bersetuju dengan cadangan menyatukan mereka berdua ini sebelum encik Alfian oustation.

“Okay it’s decided then! Tak perlu tunang terus nikah but the date for your wed you both have to decide it.” Puan Rahimah sudah memberikan kata putusnya manakala Puan Juwita dan Encik Jauhari hanya angguk bersetuju dengan cadangan itu. Biarlah mereka yang buat tarikh untuk mereka sendiri.

Wajah bahagia dapat dilihat dari muka ibunya oleh Alma. Tetapi, Alma tak puas hati dengan keputusan ini.
“But.. Mom!” Alma ingin memulakan bicara tetapi Puan Rahimah telah memotongnya.

“No but..but please!” tegas ayat yang keluar dari mulut Puan Rahimah. Fahmi dapat lihat pandangan tajam kini ditujukan kepadanya oleh Alma.

‘Aduh.. apa lagi yang dia tak puas hati ni?’ bisik Fahmi didalam hati.

“Hm.. as you wish!”

Setelah dia membasuh pinggan yang telah dimakan dia kini beralih menuju ke ruang tamu. Yusuf, Encik Jauhari, Puan Rahimah dan Puan Juwita kini kembali menyambung makanan yang tergendala tadi. Fahmi pula berlalu ke depan untuk melihat Alma. Kelihatan Alma sedang menangis.

“Alma..” panggil Fahmi perlahan. Alma tersentak lalu dia lantas lap air matanya daripada jatuh dan dilihat oleh Fahmi. Tetapi Fahmi sudah pun melihatnya.

“Awak nak apa ni? Kalau awak tak kacau hidup saya sekarang ni memang x boleh eh?” soal Alma geram tetapi soalan itu tidak dijawab oleh Fahmi.

“Why are you crying?”

“Why do you care?”

“Salah ke kalau I nak care kat awak?”

“X salah pun.”

“Habis tu apa?!”

“There’s nothing to say. Both of our parents has decided it so just go with the flow.”

“So.. are you mad at me right now? But why..” soal Fahmi bingung.

“There’s reason behind it but ah.. just forget it.”

“Tell me..”

“No..”

“Just tell me. It’ll better for both of us if we’ve both shared the story together.”

“No.. there’s nothing actually.”

“Oo.. okay then!” kini Fahmi dan Alma sama-sama senyap.

“What about the date for our wed, dear?” Alma terkejut dengan perkataan yang keluar dari bibir Fahmi.

“What did you say?” Salah dengar ke aku ni. Tadi aku rasa dia panggil aku sayang tapi aku tak tahulah betul ke tak.

‘Ops..’ Fahmi mengetap bibirnya tapi dia sengaja mengulang perkataan ‘dear’ buat Alma.

“Oo.. no.. no.. no! Not yet, Mi! You didn’t even be my husband yet!” Amaran kini diberi kepada Fahmi.

Fahmi hanya tergelak besar bila dia mendengar ayat yang keluar dari mulut Alma itu.

“Oit.. tegasnya dia!” Fahmi mengusik lagi lalu dia merapatkan tubuhnya kearah Alma.
Alma yang memandang kelakuan pelik Fahmi kini menjarakkan dirinya. Fahmi pula semakin dekat dengannya. Langkah kaki Alma pula sudah mati kerana badannya kini berada di dinding. Fahmi sudah berada hampir di telinganya.

“Dear.. kalau malam ini kita panggil tuk kadi boleh tak? Saya dah tak sabar nak tunggu  awak supaya jadi milik saya sepenuhnya.” Alma terkejut akan pengakuan yang dibuat oleh Fahmi.

Perlahan-lahan dia beralih dari telinga kanan Alma lalu menuju ke pipi kanan Alma. Dia mencium pipi itu tetapi di tempat yang berlapik. Dia tahu Alma memang tak suka orang bukan muhrim buatnya seperti itu kepadanya kecuali orang itu merupakan ibu dan ayahya.

“One thing for sure my dear. You look so beautiful tonight.” Dia meninggalkan Alma disitu lalu dia kembali menuju ke biliknya.

Alma tergamam. Dirasanya saat itu berhenti untuk mereka berdua. Dia tidak sempat pun nak berkata apa-apa kepada Fahmi. Dia seakan telah dipukau oleh Fahmi sampaikan Fahmi berlalu dari situ dia tak sedar langsung.

--------------------------

Hari yang dinantikan sudahpun tiba. Aku bersetuju dengan cadangan Fahmi untuk memilih tarikh 12/12/12 sebagai tarikh pernikahan kami. Aku kini berada di masjid menunggu dengan penuh debaran akan lafaz kata yang akan diucapkan oleh bakal suamiku, Muhd Fahmi bin Muhd Jauhari.

Fahmi yang pada ketika ini berada di luar masjid kini telah dipanggil oleh ayahku yang pada ketika itu berada dalam masjid. Dia akur lalu dia menuju ke dalam dan menemui bakal mertuanya, Alfian. Alfian yang pada ketika itu sedang bercakap dengan Puan Rahimah kini mengalihkan perhatiannya pada Fahmi. Alfian hanya tersenyum memandangnya lalu bergerak menuju ke arah Fahmi.

“To my future son-in-law to be, are you ready for this?” soal Alfian tenang.

“Um.. inshaallah Pa I’m ready for it!” jawab Fahmi dengan yakin. Encik Alfian hanya tergelak apabila mendengar jawapan bakal menantunya itu.

“Pa, why are you laugh? Is there something funny that you want to share with me?” soal Fahmi pelik kepada bakal mertuanya.

“Oh.. nope! It’s just I want you to take good care of my little daughter cause she’s not used to these kind of things. She’s just only 25 years old to take a title of “wife” and you know what..” perlahan-lahan encik Alfian mendekatkan bibirnya di telinga Fahmi.



No comments:

Post a Comment